Sunday, November 29, 2020

Cara Solat Hajat

 Mengetahui serta Maha Menyayangi hambaNya.

Sesungguhnya sabda Rasulullah S.A.W: 

“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia bersolat dua raka’at.”    

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan hadis sahih dari Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berwudhuk lalu menyempurnakannya, kemudian solat sunat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah akan memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

 

Solat sunat ini sedikit berbeza dengan solat sunat lain kerana pada sujud yang terakhir digalakkan seseorang mukmin itu memuji kebesaran Allah S.W.T serta menyampaikan niat dan keinginan yang dikehendaki. Selesai melakukan solat hajat, maka perlulah berdoa sekali lagi dengan bersungguh – sungguh agar permintaan akan mudah dikabulkan.

 

WAKTU SESUAI UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT

 

1) Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja samada waktu siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat

2) Solat ini boleh dilakukan secara sendirian mahupun secara berjemaah. Namun, adalah sebaiknya ia dilakukan secara sendirian selepas tengah malam dan semasa qiamullail (iaitu bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah), kerana pada waktu ini suasana adalah lebih sunyi dan tenang.

3) Sebaik sahaja kita merasakan ada keinginan serta hajat yang ingin dicapai yang memerlukan pertolongan dari Allah

 

 

KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

1) Diri menjadi lebih tenang setelah meluahkan bebanan serta keinginan disampaikan 

kepada Allah SWT

2) Hati menjadi lebih ikhlas menerima ketentuan Allah

3) Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku

4) Permohonan hajat dimakbulkan oleh Allah SWT

 

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT

 

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja dengan bilangan rakaat paling

minima 2 rakaat dan maksima 12 rakaat. Sekiranya solat sunat hajat ini dilakukan pada tengah

malam sebaik sahaja terjaga dari tidur, adalah lebih baik seseorang itu bersugi, membersihkan diri serta mengambil wuduk terlebih dahulu bagi memberi kesegaran pada tubuh badan. 

 

Al-Hakim berkata bahawa;

“Barangsiapa yang ingin melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih, serta solatlah di waktu sahur dengan niat memohon agar dipenuhi hajatnya.”

 

Cara – cara untuk mengerjakan solat sunat hajat adalah seperti berikut :

 

1) Lafaz dan niat solat sunat hajat

“Usollii sunnatal haajati rak’ataini lillaahi ta’aalaa”

 

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan solat sunat hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala

 

2) Pada rakaat pertama : Baca surah Al – Fatihah, diikuti dengan surah Al – Kafirun atau Ayat Kursi ( sebanyak 1 kali atau 11 kali)

 

3) Pada rakaat kedua : Baca surah Al – Fatihah, diikuti dengan surah Al-Ikhlas (sebanyak 1 kali atau 11 kali)

 

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan Surah Al-Ikhlas*

 

4) Semasa sujud akhir, bacalah zikir ini sebanyak 40 kali :

 

  Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 

 

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, (Allah) ! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim (aniaya)

 

5) Setelah membaca tasbih tersebut, pohonlah sebarang hajat yang diinginkan di dalam hati semasa masih berada dalam keadaan sujud

 

6) Selesaikan solat dengan membaca tahiyat akhir dan memberi salam

 

7) Setelah selesai solat, bacalah wirid berikut sebanyak 10 atau 100 kali :

  • Istighfar

 

“Astaghfirullaah, Rabbi min kulli zanbi waatuubu ilaih”

 

Maksudnya : Aku memohon keampunan kepada Allah, Tuhanku, daripada

segala dosa dan aku bertaubat kepada-Nya

 

  • Zikir

 

“Laailaha illa-laah, Muhammadda rosuulullaah” 

 

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah

 

  • Selawat

 

“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin”

 

Maksudnya : Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW

 

8) Bacalah doa solat sunat hajat seperti berikut :

 

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘a zaa-ie-ma magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar,

 

Allahumma innaka tasmau’ kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syaiunn min amri wa analba-ie-sulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mustafiqul mukirul magtarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal,

 

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘a man khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

 

Maksudnya:

 

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu, perkara yang dapat menentukan rahmat-Mu dan menguatkan pengampunan-Mu,memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka,

 

Ya Allah,sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku,melihat tempat tinggalku, mengetahui zahir batinku dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuan-Mu,

 

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan,hamba yang memohon bantuan,hamba yang penakut,yang meminta dikasihani,yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepada-Mu,

 

Ya Allah,aku memohon kepada-Mu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepada-Mu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina,

 

Aku mohon kepada-Mu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepada-Mu

 

Sebaik – baiknya hajat yang ingin dikabulkan oleh Allah S.W.T bukanlah bersifat memberi kemudaratan kepada orang lain. Jika berhajat untuk menjadi seorang yang kaya raya, maka mintalah agar menjadi seorang manusia yang kaya serta beriman dan juga dermawan agar harta yang dimiliki menjadi bekalan di hari akhirat kelak. Jika inginkan zuriat, maka berdoalah agar dikurniakan anak yang soleh, sihat serta murah rezeki. Berdoalah sebaik mungkin kepadaNya dan berserah kepada Allah kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Sesungguhnya Allah berfirman :

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu” (Surah Ghafir ayat 60)

CREATE SHOTREN LINK

fetch('https://api-ssl.bitly.com/v4/shorten', { method: 'POST', headers: { 'Authorization': 'Bearer {TOKEN}', 'Content-Type': 'application/json' }, body: JSON.stringify({ "long_url": "https://dev.bitly.com", "domain": "bit.ly", "group_guid": "Ba1bc23dE4F" }) });