Sunday, November 29, 2020

Cara Solat Taubat

  

SYARAT – SYARAT SOLAT SUNAT TAUBAT 

 

Solat sunat taubat ini dilakukan oleh individu yang telah menyedari kesilapan serta dosa yang pernah dilakukan dan ingin memohon keampunan dari Allah SWT. Antara syarat  – syarat bagi mengerjakan solat sunat taubat ini adalah :

1) Hendaklah menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan

2) Berazam serta nekad untuk meninggalkan perbuatan dosa tersebut

3) Berazam untuk tidak mengulangi serta melakukan perbuatan dosa tersebut di masa akan datang

 

KELEBIHAN BERTAUBAT:

 

1) Dosanya akan diampunkan Allah SWT

2) Segala urusan akan dipermudahkan

3) Kehidupan seharian lebih baik dan ceria

4) Menghilangkan tekanan perasaan 

5) Menghindari dosa serta gangguan fikiran

 

 

WAKTU SESUAI UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAUBAT

 

1) Solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja kecuali waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat

2) Solat ini lebih afdal dilakukan selepas tengah malam dan semasa qiamullail (iaitu bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah), lebih sunyi dan tenang pada ketika ini

3) Sebaik sahaja kita merasakan telah banyak melakukan kesalahan serta berdosa, dan mahu kembali kepada Allah 

 

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAUBAT

 

Tiada sebarang dalil atau keterangan khusus tentang bilangan rakaat yang boleh dilakukan bagi mengerjakan solat sunat taubat ini. Kebanyakan Ulama’ berpendapat bahawa solat sunat taubat ini boleh dilakukan sebanyak dua, empat atau enam rakaat. Pelaksanaan solat ini pula sama seperti mengerjakan solat sunat lain. Cara mengerjakan solat sunat taubat adalah seperti berikut :

 

1) Lafaz niat solat sunat taubat :

 

Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala

 

MaksudnyaSahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

 

2) Pada rakaat pertama : Baca surah Al – Fatihah, diikuti dengan surah Al – Ikhlas atau surah – surah lain

 

3) Pada rakaat kedua : Baca surah Al – Fatihah, diikuti dengan surah An – Nas atau surah – surah lain

 

4) Semasa sujud akhir, bacalah zikir ini sebanyak 40 kali :

 

  Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 

 

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, (Allah) ! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim (aniaya)

 

5) Setelah selesai memberi salam, hendaklah perbanyakkan istighfar serta memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh – sungguh. Ucapkanlah istighfar seperti berikut :

 

Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih. 

 

Maksudnya: 

Aku memohon keampunan daripadamu Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup serta berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

 

6) Perbanyakkan zikir taubat nasuha seperti berikut :

 

 

  • Ila hilas tu lilfirdausi ahla
  • Wala aqwa ala naril jahim
  • Fahabblitau batau wagfir zunubi
  • Fainnakagho firuz zanbil azim

 

7) Kemudian, bacalah Penghulu Istighfar ini sebanyak 3 Kali :

 

“Allaa Humma anta rabbi  Laa ilahaillaa anta kholaqtani waanaa ‘abduka waanaa ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mastath0′tu, a‘uudzubika min syarimaa shana’tu, abuu ulaka binimatika ‘alayya waabuu bidzanbi faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.”

 

Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau; Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan sedaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadapMu. Aku memohon perlindunganMu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Aku mengakui akan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

 

8) Akhir sekali, baca doa solat sunat taubat dan memohon keampunan serta keredhaan dariNya.

 

Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta khalaq-tanii wa anaa ‘ala ahdika wawadika maastathatu auudzubika min syarrimaa shanatu abuuu laka bini’matika alayya wa abuuu laka bidzanmmbi faghfirlii fainnahu laa yaghfirudzdzunuubaillaa annta 3X.

 

Astagfirullaahal adzim, allazi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaihi. taubata ‘abdin zhalimiin laa yamliku linafsihi zharran walaa nafan walaa mautan walaa hayaatan walaa nusyuuran.

 

Maksudnya:

 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku.

 

Aku meminta perlindunganMu, dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang telah Engkau berikan dan mengakui dosa-dosa yang aku lakukan.

Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau. Aku mohon keampunanMu Allah yang Maha Hidup dan berdiri sendiri dan ku bertaubat kepadaNya.

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, selagi mana hambaNya benar – benar ikhlas

memohon pengampunan di atas dosa – dosa yang telah dilakukan.

 

Firman Allah dari Surah Aali Imraan ayat 135 bermaksud:

 

Dan apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka segera mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. maka siapakah yang akan mengampunkan dosa – dosa itu selain dari Allah. Serta mereka tidak lagi berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.

 

CREATE SHOTREN LINK

fetch('https://api-ssl.bitly.com/v4/shorten', { method: 'POST', headers: { 'Authorization': 'Bearer {TOKEN}', 'Content-Type': 'application/json' }, body: JSON.stringify({ "long_url": "https://dev.bitly.com", "domain": "bit.ly", "group_guid": "Ba1bc23dE4F" }) });