Sunday, November 29, 2020

SAPS SISTEM SEMAKAN ONLINE

  

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Online

Panduan dan langkah menyemak keputusan peperiksaan pelajar secara online adalah seperti berikut :

 

  1. Klik laman web berikut SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan nombor sijil kelahiran atau nombor kad pengenalan pelajar (tanpa dash (-) atau SPACE)
  3. Klik tahun peperiksaan yang dikehendaki
  4. Sila pilih samada keputusan peperiksaan Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah serta pilih Tahun Peperiksaan untuk semakan
  5. Masukkan Kod Pengesahan seperti tertera untuk pengesahan
  6. Klik butang Semak danm menu utama akan segera dipaparkan
  7. Anda boleh memilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan UPSR/PT3/SPM
  8. Klik butang Papar Slip Keputusan bagi menyemak keputusan peperiksaan yang dikehendaki

 

SAPS GURU SEKOLAH

 

Setiap guru boleh memantau prestasi pelajar mereka dengan lebih mudah dengan menggunakan sistem SAPS ini. Sistem ini boleh diakses di mana sahaja sekiranya ada talian internet. Pihak sekolah juga dapat mengukur prestasi dan pencapaian ujian yang telah diadakan dan dapat mengesan kelemahan murid melalui sistem SAPS ini. Sistem ini dapat menganalisis keputusan peperiksaan pelajar. Guru matapelajaran hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem dan ia akan diproses dan dianalisis secara automatik. Para guru tidak perlu lagi membuat analisis secara manual dan ia sangat menjimatkan masa.

 

Cara Menggunakan SAPS

 

  1. Buka laman web SAPS – https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php
  2. Masukkan ID pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Masukkan Kod Pengesahan seperti tertera untuk pengesahan
  5. Klik Login
  6. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

 

Sistem ini turut menghadapi sedikit masalah sekiranya terdapat lebih dari 1000 guru mengakses SAPS pada masa yang sama, sistem akan CRASH kerana kesesakan trafik. Masalah juga timbul kepada para guru yang berada di pedalaman dan sukar mempunyai akses internet. Walaubagaimanapun, tanggungjawab para guru untuk mengisi markah di dalam sistem SAPS merupakan amanah yang perlu dilaksanakan.

 

CREATE SHOTREN LINK

fetch('https://api-ssl.bitly.com/v4/shorten', { method: 'POST', headers: { 'Authorization': 'Bearer {TOKEN}', 'Content-Type': 'application/json' }, body: JSON.stringify({ "long_url": "https://dev.bitly.com", "domain": "bit.ly", "group_guid": "Ba1bc23dE4F" }) });