PENDAFTARAN UNTUK VAKSINASI COVID-19
PUTRAJAYA, 6 Mac - Orang ramai kini mempunyai pilihan kaedah tambahan bagi mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Selain menerusi aplikasi MySejahtera, pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 kini boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID (JKJAV) di laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
Satu lagi kaedah adalah secara panggilan telefon ke talian 1800-888-828.
Setakat 3 petang semalam, lebih 2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk vaksinasi.
https://bit.ly/todaycovid19statistic