Semak Syarikat Berdaftar SSM
Adakah Anda tahu apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau yang dikenali sebagai SSM? Ramai korang yang tidak tahu aktiviti utama SSM di Malaysia dan apa guna dari SSM ini.
Sebelum Anda membeli barang atau produk, hal pertama yang mesti Anda ketahui iaitu adakah perniagaan tersebut berdaftar secara rasmi di SSM dan adakah nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat yang dipaparkan itu betul?
Atau sekiranya Anda memiliki perniagaan yang sudah berdaftar, Anda boleh cuba untuk pastikan bahawa perniagaan Anda sudah betul berdaftar di SSM.
https://youtu.be/M8EhKG5qQ8s
Apa Itu SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertugas mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.
Tugas utama SSM iaitu sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
SSM juga bertugas sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara Malaysia.